About Us

Dar Taibah Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk mengeluarkan kitab-kitab, buku-buku agama yang diusahakan oleh Lajnah Taibah al-Madinah serta lain-lain penulis / penterjemah yang diedit / disunting oleh al-faqir ilallah; Abu Anas Madani, Abdul Basit bin Hj. Abdul Rahman.

Dar Taibah dalam perancangan masa depannya – insya’Allah – akan menerbit kitab-kitab turath (lama) yang telah ditahqiq (diteliti / dihalusi) dita’liq (dibuat huraian / penjelasan / komentar) dan dinyatakan nama surah dan nombor ayat-ayat al-Quran serta ditakhrij (dijelaskan sumber dan kedudukan) hadis-hadis yang terdapat di dalamnya untuk memudahkan para pembaca memahami kitab-kitab lama (jawi) yang menjadi rujukan umat Islam di rantau ini.

Dar Taibah Juga akan memlilih kitab-kitab yang bermanfaat dalam bahasa Arab untuk diterjemahkan ke Bahasa Malaysia, agar ilmu-ilmu yang amat berharga dan bernilai akan dapat difahami oleh masyarakat Islam yang tidak memahami Bahasa Arab.

Hasil jualan buku / kitab yang diterbitkan adalah untuk menampung kewangan Madrasah Muhammadiah, Pondok Sungai Durian.

Semoga Allah SWT memberkati usaha yang kami lakukan ini serta menjadikannya sebagai ilmu yang bermanfaat dan amal jariah yang diletakkan di atas neraca timbangan pada hari yang tidak berguna lagi harta benda dan anak cucu.

Comments are closed.